Shah Rukh pakai baju Melayu terima anugerah
MELAKA: Artis popular Bollywood, Shah Rukh Khan akan memakai baju Melayu serba hitam, bersamping songket dan songkok untuk menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk pada 6 Disember ini.

















Majlis penganugerahan itu akan disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, dekat sini, kira-kira jam 10 pagi.
Perkara itu disahkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh menerusi kenyataan media, semalam.
Menurut Omar, Shah Rukh Khan akan menjadi satu-satunya artis Bollywood yang diberi penghormatan memakai busana lengkap kebangsaan dan akan ditonton semua peminatnya di seluruh dunia.
| |
| |
“Istiadat penganugerahan itu akan dilakuan sama seperti istiadat penganugerahan sebelum ini.“Hanya 1,000 tetamu akan diundang untuk ke majlis penganugerahan itu dan ia untuk jemputan saja.
p/s :- ha tunggu pa g weh komen arrrrrrrr
:- komen anda amat berharga.heheheheheheh


0 comments:
Post a Comment